Tuesday, April 20, 2010

Hari yang menginsafkan.

Hari ini hari yang pertama kali aku menggunakan blogger untuk menceritakan kisah hidup aku, walaupun terasa berat dihati ini untuk membuat blog tentang hidup aku ni, kerana kebiasaan aku hanya munggunakan blog untuk buat business sahaja hihi.


Pada malam td adik aku memaksa aku menemaninya ke kedai dh la aku nie banyak keje kena dibuat dgn komputer orang yg belum siap dibaiki lagi.. dgn hati yg terbakar aku hanya berdiam diri dn ikut sahaja kata adik aku nie.. sampai sahaja dekat dgn pasar raya 'econjaya' aku mencari2 tempat parking nasib baik mlm nie org tak ramai.. krn kebiasaan pasar raya tuh penuh orang memang cop jari tempat parking x der punyer.. ketika aku menuggu kt parking tuh..aku termenung buat seketika dgn menghayati lagu2 kegemaran ku sambil memerhatikan kelakuan adik bongsu ku yg melucukan membuatkan aku berasa cukup gembira dlm hidup nie..
  Tetiba ada seorang orang india mungkin berumur 40-an datang di tepi tingkap kerata aku, terus aku berasa bimbang takut2 dia nie penyamun.. dgn berani aku cuba membuka jendela tingkap kereta, aku pun bertanya "ada masalah ke??" pakcik india tu pun berkata "boleh saya pinjam 1ringgit?" alangkah terkejut aku dgn kalut2 nie aku bgi jer 5ringgit kt pakcik nie.. dgn ikhlas aku cuba hulurkan 5ringgit kepadanya tetapi pada mula-mulanya dia menolak krn jumlah itu terlalu besar..aku terus hulurkan wang 5 ringgit pada tangan nyer sambil tersyum ^^.. tetiba matanyer berair seperti ingin menangis membuatkan aku serba salah.. Lalu dia pun berkata "suatu hari nanti tuhan akan membalas segala kebaikan yang kamu telah lakukan hari ini kamu masih muda mungkin tuhan akn membantu kamu" dgn muka yg bercerut ingin menahan tangisan di muka pakcik tu.. aku berasa pilu hanya mampu bersenyum shja dn menghulurkan tanganku untk bersalam dn memberi semangat kpdnya itu shja yang mampu aku lakukan.. masa tu lah aku berfikir bahawa bagi aku 1ringgit tak ada nilai.. tetapi mungkin pada org lain 1ringgit adalah sagala-galanya bagi mereka.. aku cuba doakan kpdnya agar Allah s.w.t memberi ketabahan kpdnya dn limpahan rezeki  walaupun kita berlainan agama allah tetap maha adil alhamdulillah..

No comments:

Post a Comment